Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa T uhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? sebab Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan tidak mencintainya lagi, jika masih tidak dapat melupakannya.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun kita telah dikecewakan. Kepada yang masih percaya, walaupun telah dikhianati.Kepada yang masih ingin mencintai, walaupun telah disakiti dan Kepada yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantar...